Anda boleh padam akaun host Gathrly anda serta semua kandungannya secara kekal, bila-bila masa, terus dari dalam app — tanpa perlu hubungi kami.
Halaman ini sebagai rujukan (dan untuk sesiapa yang tak lagi boleh buka app). Pemadaman berlaku serta-merta dan tidak boleh dibatalkan.
Cara padam akaun
Di iPhone (app iOS):
- Buka Gathrly dan pergi ke tab Settings
- Tekan "Delete Account"
- Sahkan — akaun anda dipadam serta-merta
Di Android:
App Gathrly untuk Android masih dalam pembinaan dan belum tersedia. Bila ia dilancarkan, cara padam sama sahaja: Settings → Delete Account.
Apa yang dipadam
Memadam akaun anda membuang KEKAL, serta-merta:
- Akaun dan profil anda (identiti log masuk, nama, emel)
- Setiap majlis/galeri yang anda cipta, termasuk kod QR dan pautan kongsinya
- Setiap gambar yang tetamu muat naik ke majlis anda
- Ucapan buku tetamu yang ditinggalkan pada majlis anda
- Token push notification peranti yang didaftarkan pada akaun anda
- Rekod pembayaran untuk majlis anda di Gathrly — kami tidak simpan salinan selepas akaun anda dipadam
Gambar dan fail lain dibuang dari storan kami sejurus selepas pemadaman (kerja pembersihan berjalan sekali sehari, jadi ia boleh ambil masa sehingga sehari, tapi tidak lebih lama).
Apa yang tidak dipadam
Tiada apa-apa berkaitan akaun Gathrly anda disimpan di pihak kami — ini pemadaman akaun penuh, bukan sekadar dinyahaktifkan. Satu perkara di luar kawalan kami: jika anda pernah beli pakej, Apple (App Store) atau Google (Play Store) simpan rekod pembelian/bil mereka sendiri mengikut dasar mereka sendiri, kerana mereka yang proses bayaran, bukan kami. Memadam akaun Gathrly anda TIDAK membuang sejarah pembelian dari Apple ID atau akaun Google anda.
Tak boleh buka app?
Jika anda tak lagi ada akses ke app atau peranti anda, emel kami di hello@gathrly.my dari alamat yang berkaitan dengan akaun anda (atau sertakan nama/tarikh majlis anda) dan kami akan padam akaun anda secara manual.
Soalan
Ada soalan tentang pemadaman akaun atau data yang kami simpan? Emel hello@gathrly.my. Kami balas dalam 24 jam pada hari bekerja.